SINDIKET BLACK MONEY LUMPUH, RM30 JUTA WANG PALSU DIRAMPAS

SHAH ALAM, 24 April – Sindiket ‘Black Money’ lumpuh dengan tertangkapnya seorang lelaki warganegara Iran dalam satu serbuan sepasukan polis di sebuah kondominium yang terletak di Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lumpur semalam. Rumah tersebut yang diserbu polis dipercayai dijadikan pusat oleh sindiket ‘Black Money’.

Serbuan yang dilakukan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan sekitar jam 3.00 petang semalam menemui pelbagai peralatan iaitu puluhan beg pakaian yang berisi wang palsu dan kertas untuk dijadikan wang, mesin memproses ‘Black Money’, 13 peti keselamatan, sejumlah kepingan note dalam nilai USD, Pound Sterling dan Dollar Singapore. Kesemua barangan tersebut dirampas untuk siasatan lanjut. Nilai rampasan dalam bentuk wang palsu dianggarkan berjumlah RM30 juta.


SUMBER : Polis Selangor



Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan