Ilmu Akhir Zaman



SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN ANGGOTA SUKARELAWAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Pengambilan baru anggota dan pegawai Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia telah dinyatakan dalam seksyen 36 Akta Polis 1967, seksyen 10 ( Bhg III ) dalam Peraturan Sukarelawan Polis 1956 dan Bhg E dalam PTKPN 502.

Syarat-syarat kemasukan :-

Warganegara Malaysia
Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun
Lulus SRP/LCE/PMR atau setaraf dengannya
Mempunyai pekerjaan tetap
Lulus pemeriksaan perubatan oleh pegawai perubatan kerajaan
Calon mestilah sekurang-kurangnya tinggi 162cm ( 5’4’ ) bagi lelaki dan 152cm ( 5’ ) bagi wanita.
Lulus tapisan keselamatan oleh Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah
Berjaya dalam temuduga lembaga pemilihan Had Umur Perkhidmatan.

Had umur perkhidmatan bagi Sukeralawan Polis adalah seperti berikut:-

Pegawai Kanan  - 55 tahun
Pegawai Pangkat Rendah  - 50 tahun
Konstabel  - 47 tahun ( Tidak boleh sambung ) 

Didalam seksyen 15 ( Bhg VI ) Peraturan Sukarelawan Polis 1956, Pegawai Kanan Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia boleh diluluskan penyambungan perkhidmatan sehingga 60 tahun oleh Ketua Polis Negara dan Anggota Pangkat Rendah boleh disambung sehingga 55 tahun diluluskan oleh Ketua Polis.

By : Pegawai Teknikal

Post a Comment

1 Comments

  1. Assalamualaikum. Soalan. Jika tak ada pekerjaan tetap atau melakukan bisnes sendiri, adakah lepas dan diterima??

    ReplyDelete

Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.

Ulasan