Ilmu Akhir Zaman



APA KATA ANDA - KAMERA PENGESAN HAD LAJU.

Kulaijaya, 25 September 2014 - " Mahu cepat sampai, terlewat bangun, tidak mahu buang masa, mengantuk jika pandu perlahan" - Itulah antara pelbagai alasan yang diberikan oleh segelintir pemandu apabila ditahan atas kesalahan memandu laju dan menerima surat saman melalui Pos atas kesalahan 'Pandu Laju'.

Tahukah anda bahawa Kamera TruCAM LTI20-20 (HD) mampu merakam imej dan video kenderaan dengan jelas seperti model kenderaan, nombor plate dan pemandu termasuk tarikh, masa dan lokasi kesalahan dilakukan. Kamera ini juga boleh merakam kesalahan seperti tidak memakai talipinggang keledar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu & memotong di laluan kecemasaan, namun penekanan kepada kesalahan Pandu Laju yang banyak menyumbang kepada berlakunya kes kemalangan jalanraya.

Berikut antara kesalahan dan hukuman berkait Kesalahan lalulintas yang sering dilakukan:-
1. Pandu Laju ( Kesalahan di
bawah Seksyen 079(2)M
APJ 1987 ) dan sabit
kesalahan akan didenda
tidak kurang daripada RM
300 dan tidak lebih
daripada RM 2000.

2. Memotong di Garisan 
berkembar ( Kesalahan di
bawah Seksyen 012(3)(a)
LN 166/59 ) Kesalahaan
mengikut jumlah hari yang
dibayar:-
01 - 15 hari = RM150
16 - 30 hari .= RM 200
Lebih 30 hari = RM 300
* ( OP Selamat - Maksimum
RM300 )

3. Tidak memakai Tali
pinggang keledar
(Kesalahan di bawah
Seksyen 004 PU(A) 
378/78) kesalahan
mengikut jumlah hari yang
dibayar:-
01 - 15 hari = RM150
16 - 30 hari = RM 200
Lebih 30 hari = RM 300

4. Memandu di Lorong
Kecemasan ( Emergency
line ) Kesalahan di bawah
Seksyen 005(A) LN166/59)
kesalahan mengikut jumlah
hari yang dibayar:-
01 - 15 hari = RM150
16 - 30 hari = RM 200
Lebih 30 hari = RM 300
* ( Op Selamat maksimum
RM 300 ).


Bersabar dan patuh peraturan jalanraya adalah tindakan bijak yang boleh menyelamatkan nyawa semua pengguna jalanraya dan menjimatkan perbelanjaan.

TERUSKAN BERINFORMASI UNTUK MEMBENTERAS JENAYAH



Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan