Ilmu Akhir Zaman



‘Love Scam’ - Rugi RM68 juta demi cinta

Kuala Lumpur – Seramai 1,750 individu dilaporkan menjadi mangsa sindiket penipuan ayat cinta atau ‘Love Scam’ membabitkan kerugian lebih RM68 juta sejak Januari 2013 hingga Ogos tahun ini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Wira Mortadza Nazareene, daripada jumlah itu seramai 1,205 orang adalah mangsa wanita manakala 545 orang lelaki.

Beliau berkata, berdasarkan laporan diterima pihaknya, seramai 1,095 mangsa dicatatkan pada tahun 2013 dengan jumlah kerugian sebanyak RM35.6 juta.

“Sehingga Ogos tahun ini seramai 655 individu menjadi mangsa dengan jumlah kerugian lebih RM32 juta.


“Hal ini amat membimbangkan kerana meskipun jumlah mangsa yang ditipu menurun namun nilai kerugian mencatatkan peningkatan,” katanya dalam sidang media di Bukit Perdana petang tadi, lapor Hmetro.



Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan