Ilmu Akhir Zaman



KPTTRCLUS : Langkah Demi Langkah Lapor Penipuan Online

Saya share pengalaman saya sendiri.

Saya pernah ditipu online sebanyak RM 380.
Bagi saya banyak duit tu. Bagi anda entahlahkan.
Sedih waktu tu hingga tak selera nak makan 2 minggu.
2 tahun kemudian alhamdulilah duit dapat balik.


MACAM MANA SAYA BUAT NAK TAHU ?

Masa Mula Ditipu :

1. Saya screenshot muka depan Facebook dia, perbualan kami di fb dan wasap dan salinan online bank in. Fotostat banyak-banyak. Banyak tempat nak serah ni. Serah di balai...dibank...ditribunal pengguna..di mahkamah majistret jenayah dan lain².



AKAUN BANK YANG TERIMA DUIT ITU AKAN DISIASAT POLIS.

2. Saya buat laporan polis. Kena tulis betul2 ya. Kita diperdayakan sehingga didorong untuk bank in. Catat nama pegawai penyiasat ( I.O @ Incharged Officer ) kes. No badan. Balai mana. Serah salinan fotostat.

3. Buka file ditribunal pengguna. ( Bagi salinan repot balai dan fotostat ). Catat nama pegawai in charge. ( Tak ada apa apa pun progress, dia cuma layan penipu yang ada details ssm je ).

4. Buka file dimahkamah majistret jenayah ( bagi salinan repot balai dan fotostat ). Catat nama kerani in charge. Lepas tu mahkamah hantar surat pada pegawai penyiasat untuk siasat kes bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

5. Buka aduan dibank saya sendiri yang saya guna online bank in tu. ( Bagi salinan repot balai dan fotostat ). Catat nama pegawai in charge. ( Bank akan notify hq bahawa no akaun scammer di block dari transaksi kalau sesama bank yang sama la. Dan bank bagi kerjasama pada polis kalau datang siasat kes kita ).

2 tahun file senyap. NO progress pun.
3 kali ulang alik ke balai, tak jadi apa pun.

PENAT PANJAT TANGGA 🥺.



APA SAYA BUAT ?

Saya masuk laman web SISPAA PDRM, saya buat aduan atas pegawai penyiasat tu. Sebab dia sepatutnya siap siasatan dalam masa 3 bulan. Ni 2 tahun takda tangkapan. Kerajaan sediakan laman web ini untuk rakyat. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia gunakanlah akses yang telah disediakan oleh kerajaan ini. 👍

Lepas aduan saya, pihak tatatertib panggil saya ambil statement. Saya cerita semua. Selepas 2 minggu scammer ditangkap. Budak perempuan umur 16 tahun duduk di Perak. Saya di Kedah. Dia dibawa ke Kedah untuk kes.

Alhamdulilah kes ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Majistret Jenayah dan selepas pertuduhan dibacakan, dia mengaku salah... dia dijatuhkan hukuman. Saya dapat balik RM 380.

Majistret sebut :

Barang kes dikembalikan kepada mangsa.


Sejak itu, saya hanya beli online di Shopee. Sebab barang tak sampai, duit kau akan dapat balik.

✓ Jangan klik order RECEIVED.
✓ Kau klik REFUND.

✓ INGAT !!! 😎


Bank akan serah detail penerima duit kita kepada polis. Buka akaun bank, keluar muka kau, mykad kau, thumbprint kau, details kau. Bank akan bekerjasama sesama bank untuk details tu. Bank serah pada polis bila polis minta. Malah dengan no pengenalan kau polis boleh siasat semua data macam JPN, BPR, BSH, GKP, KWSP, PTPTN, semua agensi keluar. Malah atm yang pencuri keluarkan duit pun ada muka dia cawangan atm mana dia keluarkan duit. Jam tarikh semua ada catat.

Mana nak lari ?



https://bit.ly/3oFq2cW


Smartphone memang dicipta untuk orang² yang BIJAK.
Masalahnya sekarang, BIJAK ke Kita ?!

JANGAN BERSERAH TAWAKKAL,
SELAGI KAU BELUM TERUK BERUSAHA !


Pesanan Khidmat Masyarakat Ini Di Bawakan Kepada Anda Secara KHUSUS Sempena PKP 3.0 oleh

BARISAN PENGURUSAN & PENTADBIRAN

Komuniti PTT Zello :-
Channel : Rakan COPS PDRM
Channel : Lebuhraya Utara-Selatan


TERIMA KASIH


💝 LAMAN RASMI SISPAA PDRM 💝



1. Daftar Akaun Pengguna Baharu

👉 https://bit.ly/2SIssLJ

2. Log Masuk Pengguna

👉 https://bit.ly/3uD5jHP

3. Buat Laporan Online

👉 https://bit.ly/3vLFTJq

4. Semak/UlangSemak Laporan

👉 https://bit.ly/3fU8wxv



KONGSIKAN ✓

SUPAYA LEBIH RAMAI ORANG BIJAK TERCIPTA


Thanks for Your Support !

https://bit.ly/3vAMSF4

.

.

.

Nota Kaki Kanan :

Sepertimana Dikongsi Ramai Orang Di Alamaya.

Post a Comment

0 Comments

Ulasan