Ilmu Akhir Zaman



HARUMAN KASTURI " ❤️ Wangian Sunnah ! "


HARUMAN KASTURI
" ❤️ Wangian Sunnah ! "

Ini punca kenapa benda kecik je, tapi selalu salah faham sampai bertengkar.

💥 5 Tanda Pasangan Ada Gangguan 💥

1) Biasanya akan berlaku perubahan drastik yang ketara tiba-tiba sahaja contohnya : 

Asalnya kita amat sayangkan pasangan, tiba-tiba datang perasaan membenci yang kita sendiri hairan tidak dapat elakkan. Tapi ikutkan hati memang kita ok je masih sayangkan pasangan kita. 

Kemudian akan mula munculnya keraguan serta sering membayangkan yang buruk-buruk mengenai pasangan. Mulalah sedikit demi sedikit hilang kepercayaan kepada pasangan.

2) Hal remeh temeh suka diperbesarkan sehingga boleh terjadi pertengkaran melampau kadang berlarutan makan masa berhari-hari. Masing-masing tidak mahu mengalah dan nak menang je bila bertekak. Tapi nanti dah cool down mula berfikir balik dan terdetik dalam hati : 

"eh, benda kecik je kot tadi tak perlu aku marah-marah pun... "

3) Merasakan ada perubahan rupa paras wajah suami di mata isteri, dan begitu juga rupa paras isteri di mata suami. Biasanya suami akan nampak buruk je muka isterinya walaupun baru lepas pakai bedak tebal 3 inci. 

Isteri pula akan lihat muka suami kusam dan mendung je. Senang kata keduanya tak sukalah nak bertentang mata. Tapi bila pandang orang luar perghhh ... rasa tenang je kononnya ... 

SO KENA INGAT, PATUT KITA RASA TENANG BILA PANDANG PASANGAN KITA BUKAN ORANG LAIN !!!.

4) Orang yang terkena sihir pemisah ini biasanya menjadi tak suka terhadap setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan. 

Walaupun tolong buat benda yang baik tetap rasa di hati rimas dan serabut siap ada yang kata : "awak lebih baik tak payah tolong saya, lagi tenang hati saya"


5) Susah nak terjadinya hubungan "bersama" dan lama-lama rasa tak kisah dah sebab bukan keperluan. Masa ni lah nafsu pasangan akan mula tertarik dan merasa bernafsu untuk melakukan persetubuhan dengan orang lain. 

Nau'zubillah


[ KISAH BENAR ]

Ada pasangan dah bernikah 9 tahun. Hanya dapat "bersama" 6 bulan pertama sahaja sahaja. Kemudian suami dah tak rasa nak "bersama" isteri sendiri. 

Paling sedih isteri dapat tahu suami ada perempuan lain. Mulanya isteri takde rasa syak apa-apa tapi lama kelamaan perangai suaminya pelik sampai balik pun lewat siap tipu isteri kata ada kerja di pejabat.

Last dapat tau suami rupanya terkena gangguan menyebabkan dengan isteri je tak boleh nak "bersama". tapi jika berzina, siap perform lagi !!!.

Jadi apa perlu dibuat ?. Nak tak nak salah seorang mesti kena mengalah dan memujuk pasangan agar ingin usaha agar sama-sama nak belajar merawat diri sendiri.

Namun sebolehnya jangan gunakan perkataan berubat, rawatan, sakit, dll kerana ada pasangan akan lebih marah dengan mengatakan : " Apa kau ingat aku ni sakit ke ?. Aku masih waras la, kau tu yang sakit. Kau yang patut pergi berubat. Pergi la kau berubat sorang-sorang !"

Dan saya sendiri pernah saksikan suami hanya duduk dalam kereta tak nak teman isteri langsung. konon isteri tu bermasalah sangat. Padahal kat situ dah jelas suami yang bermasalah...Itulah ujian yang banyak terjadi kepada isteri apabila ego suami melampau bagaikan orang paling suci dia je yang betul.
Gunalah Haruman Kasturi
👉 Rasakan Perubahan !

Post a Comment

0 Comments

Ulasan