Akhirnya Terjawab, Ini Rupanya Sebab UAI Asyik Tengok Atas Masa Ceramah
Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan singkatan UAI merupakan nama yang sudah tidak asing lagi dalam negara.
Terkenal dengan kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan dalam bentuk fizikal mahupun secara atas talian “live”, beliau seorang yang arif dalam bidang agama.
Sepanjang ceramah yang disampaikan olehnya, ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati penonton seperti bergurau senda.
Walau bagaimanapun, sebelum ini tular satu video yang memaparkan beliau memandang ke atas beberapa kali ketika memberikan ceramah.
Oleh hal demikian, timbul pelbagai spekulasi berhubung perkara itu dalam kalangan netizen.
Baru-baru ini dalam satu klip yang dimuatnaik di TikTok, Ustaz Azhar akhirnya memberikan jawapan berhubung video tular itu.
UAI Tengok Atas Rupanya Lihat Kanak-Kanak
Menurut penceramah itu, beliau menerima pelbagai komen oleh netizen tentang kelakuannya itu ketika bersiaran langsung.
Jelasnya ringkas, ketika itu dia sebenarnya melihat sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di tingkat atas masjid tersebut.
“Budak ni tanya dalam TikTok, saya tengok atas dalam masjid. Tengok apa? Ramai tanya tu.
“Dia sebenarnya budak-budak. Atas tu tak siap lagi (tingkat atas masjid) tapi saya dengar mereka panggil saya.
“Bila kita angkat kepala dia lari. Ada empat, lima orang, masa tengah-tengah (ceramah) dia mari lagi.
“Yang tu hujung dah dia mari lagi. Kita tengok dia lari… Kita tengok dia lari,” ujarnya dalam video berkenaan.
Macam-Macam Teori Timbul
Dia juga sedar mengenai video tular tersebut sehingga muncul pelbagai spekulasi yang mengaitkan kejadian tersebut dengan perkara ghaib.
“Tapi netizen macam-macam, dia kata malaikat maut, Nabi Khidir,” katanya sambil terhibur dengan soalan yang diajukan.
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.