Seramai 118,217 Ketua Isi Rumah Di Malaysia Tergolong Miskin Tegar

Jumlah ketua isi rumah (KIR) yang tergolong dalam kumpulan miskin tegar secara berdaftar kini didapati semakin berkurangan kepada seramai 118,217 KIR setakat 15 Mei lalu. Berbanding data sebelum ini mencatatkan seramai 124,744 KIR.


Makluman data eKasih pada perkongsian Kementerian Ekonomi ini, turut memaparkan seramai 299,080 KIR pula merupakan kategori miskin dicatatkan dalam tempoh yang sama.

Setakat ini pengukuran kemiskinan sedang dikemaskini melalui Survei Pendapatan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) yang dijangka akan diterbitkan pada suku ketiga 2023 kelak.

Buat pengetahuan umum, semakan itu di bawah penelitian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bersama Kementerian Ekonomi.

Selain menampilkan data semasa, pengukuran kemiskinan juga dimaklumkan akan ditambahbaik menerusi Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) di mana ia menyentuh pelbagai aspek antaranya melibatkan akses kesihatan, pendidikan dan kemudahan asas dalam kalangan rakyat negara berdasarkan persekitaran ekonomi semasa.

Post a Comment

0 Comments

Ulasan