Selawat Dak Gi Ari Nie


*Selawat kepada baginda Rasulullah ﷺ sebab diberi futuh (pembukaan)  pada ilmu*

Dua contoh ulama agung dalam mazhab Shafie yang patut kita contohi

1) Al-Imam Jalaluddin As-Suyuthi rahimahullah...dikatakan hampir 700 kitab mencangkupi pelbagai ilmu kecuali ilmu matematik dikarang oleh beliau.
Tiada ulama yang mampu menafsir Al-Quran sebanyak 5 kali tafisan dan kitab tafsir yg terkenal ialah Tafsir Jalalaian yang dikarang beliau dalam tempoh 40 hari ketika umurnya 21 tahun

Dan kitab yg sangat agung tentang qawaid fiqh yang menghubungkan antara usul dan furuk iaitu Al-Asybah Wa An-Nazoir juga dikarang beliau


2) Syeikh Abd Wahab As-Sya'rani juga tidak kurang hebatnya dengan pelbagai yang dikarang oleh beliau terutama dalam bidang tasawuf
Apa rahsianya?

Imam As-Suyuthi menghabiskan dalam sehari berselawat kepada baginda Nabi صلى الله عليه وسلم sebanyak sebanyak 50,000 (50k). Ya Salam

Syeikh Abd Wahab As-Sya'rani berselawat sehari kepada baginda Nabi sebanyak 23,000 sehingga beliau merasakan ia jumlah yang banyak. Namun, setelah mengetahui Imam Suyuthi berselawat sebanyak 50k sehari, beliau juga menjadikan selawat 50k sbgai rutin sehariannya

Maka keduanya ulama yang sangat agung dan keberkatan itu mengalir sampai ke hari

Maka rahsia futuh tersebut terletak pada selawat dan cinta mereka kepada baginda Nabi صلى الله عليه وسلم

Moga kita dapat meniru perbuatan mereka. صلوا على النبي

Faedah muhadharah bersama: Fadhilatus Syeikh Hisham Kamil hafizhohullah

Catatan Abu Abbas Muhammad Shahir

.
.
.

Anda Mungkin Suka

Komen