Wang Mula | Wang Pusingan | Untung | Simpanan

Pada zaman dahulu, terjadilah satu kejadian yang memang betul² mengubah cara ayah berfikir. Masa tue ayah muda remaja, ~ jahat / selekeh / pengotor ~ sama macam sekarang 🤣

Hari tue dapat duduk dengan otai², beruban dah memasing sembang pasal BISNES konon²nya ...

Dalam duk sembang², ayah pun katalah kurang lebih begini :-

"sy kalau meniaga, minima nak declare untung, mesti melalui 4 fasa nie :-

1. wang mula
2. wang pusingan
3. untung
4. simpanan

Ayah pun ceritalah konon²nya ayah paham realiti, padahal jual Goreng Pisang Tepi Jalan Tanpa Lesen je pun 😭




❤️ wang mula - belum untung
sebab wang tu wang perang dalam menghasilkan untung

❤️ wang pusingan - juga belum untung
sebab wang tu wang kecemasan dalam menghasilkan untung

❤️ untung - tetap masih belum dianggap untung
sebab belum mencapai 4 fasa

❤️ simpanan - ini barulah namanya untung
ramai je berniaga tapi tiada pun simpanan - macam saya jugak 🤣

Disebabkan diorang otai², ayah pun tanye : "apa ulasan awak ? "

Seorang daripada diorang, seraya berkata panjang lebar, lebih kurang berbunyik begini :-

Saya suka kerangka awak ni. Ia bagus sebagai disiplin cashflow peniaga, bukan definisi untung ikut perakaunan. Saya setuju sebahagian besar, tapi ada beberapa benda nak tambah/koreksi sikit.


❤️ 1. Wang mula
Betul. Ini modal. Belum untung. Kadang orang silap anggap duit dalam tangan selepas jualan sebagai untung, sedangkan itu masih modal yang berputar.

❤️ 2. Wang pusingan

Betul juga. Ini working capital + buffer. Belum untung. Tapi elok bezakan:

· modal pusingan = beli stok, bayar kos operasi
· wang kecemasan = simpanan untuk bertahan bila bisnes slow

Dalam bisnes kecil, dua ni selalu bercampur. Tapi kalau boleh asingkan, lagi selamat.

❤️ 3. Untung

Di sini ramai keliru. Ada dua jenis:

· Untung kertas — accounts kata untung, tapi duit belum masuk poket.
· Untung tunai — selepas tolak semua kos, hutang, cukai/zakat, dan gaji diri sendiri.

Kalau belum bayar gaji diri, itu bukan untung. Itu upah tertunggak. Jadi saya cadang tambah satu fasa sebelum untung : gaji pemilik !. Lepas tu baru kira untung bersih.

❤️ 4. Simpanan

Ini bahagian yang awak paling tepat dari sudut realiti. Simpanan adalah bukti untung yang benar-benar “dikunci”. Kalau semua untung masuk balik pusingan, bisnes nampak aktif tapi rapuh. Bila krisis, terus goyang.

Tapi jangan simpan 100% sampai bisnes tak berkembang. Simpanan ni fungsi dia:

· emergency
· peluang
· jaga nama baik bila perlu bayar hutang
· buffer sebelum masuk fasa berikut


Kesimpulan saya:

4 fasa awak bagus sebagai mental model. Cuma untuk declare untung kepada cukai/zakat/akaun, kena ikut definisi untung sebenar, bukan tunggu simpanan. Untuk diri sendiri, saya cadang setiap kali ada surplus, bahagi kepada 5:

1. Gaji diri
2. Cukai/zakat
3. Buffer/pusingan
4. Simpanan
5. Reinvest

Awak tak keseorangan. Ramai peniaga tiada simpanan sebab semua masuk pusingan. Mula kecil je dulu : 1% dari jualan masuk simpanan. Bila biasa, naikkan. Lama-lama, simpanan tu yang jadi kubu terakhir bisnes.

Diam tak diam dah maghrib, ayah kena kemas barang. Mujur majlis perbandaran tak datang langgar hari tue, dan la dapat ilmu baru.

DAN PADA AKHIRNYA SAMPAI HARI NI AYAH TETAP TAKDE SIMPANAN 🫠 walau nampaknya macam simpanan tapi sebenarnya ada sesuatu yang tertangguh !!

.
.
.

• StayLowEvenHigh •

Anda Mungkin Suka

Komen