Ilmu Akhir Zaman



Kepala Keretapi Kalau Ke Kanan, Ekornya Juga Pasti Ke Kanan, Melainkan Accident, Mungkin Ke Kira + Ke Kanan ( Ahakzzz !!! )

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata :



Rasulullah SAW telah bersabda :



Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, Dia tidak menerima. kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana



Allah Ta'ala berfirman :



( Wahai para Rasul !!!, Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh ).



Dan Allah Ta'ala berfirman :



( Wahai orang-orang yang beriman !!!, Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu ).



Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit ( iaitu berdoa ) :



" Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!

Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram ? "



((( Hadis Riwayat Al-lmam Muslim )))



Nota :



Janganlah mencuri WiFi Orang Lain, berPassword bermaksud ( Bukan Untuk Dikongsikan ), Pendek Kata ( Panjang Tak Kata Apa2 Pun Yer ... ),



Kalau mulanya dah HARAM, Adakalanya Penyudahnya ( Hujungnya ) Boleh Jadi KEKAL Haram !!!. Apatah lagi, CURI WiFi Orang kemudian CHARGE Pula Pada Orang Lain !!!.



SubhanALLAH !!!



Renung2kan dan Selamat Beramal...

Komuniti PTT Lebuhraya Utara-Selatan ( KPTTLUS )

> > > www.kpttlus.blogspot.com < < <

Status : InfoChannel - ( Borak Kosong DILARANG ).

Peringatan : TIADA Sebarang Informasi Sekatan Jalanraya ( Roadblock ), Perangkap Had Laju ( Speedtrap ) atau Seumpama Dengannya ( Termasuk sebarang KataGanti atau KodRahsia ).

Nota : Anda akan DISINGKIRKAN dari jaluran TANPA NOTIS !!!. Harap Maklum & Selamat Bekerjasama.

Post a Comment

0 Comments

Ulasan