Ilmu Akhir Zaman



HENTI SEBAR GAMBAR MANGSA

Shah Alam, 25 Okt - Ketua Polis Selangor, Dato’ Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan dalam sidang media tengahari tadi, meyarankan kepada orang ramai yang mempunyai gambar dan rakaman CCTV mangsa yang ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan di Subang Jaya, Selangor, baru baru ini supaya segera menghentikan penyebaran gambar dan video tersebut kerana ia dianggap tidak bermoral dan tidak menghormati serta boleh mengaibkan perasaan keluarga mangsa.

Ketua Polis Selangor juga menegaskan tindakan akan diambil terhadap individu ataupun kumpulan yang masih lagi menyebarkan gambar serta rakaman CCTV kes tersebut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu Penggunaan Tidak Wajar Kemudahan Rangkaian, Atau Perkhidmatan Rangkaian Dan Lain-Lain.


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=581987041851240&set=a.210036595712955.49612.185472384836043&type=1&theater

Post a Comment

0 Comments

Ulasan