Ilmu Akhir Zaman



Terjemahan Ayat Al-Quran Tentang Rasul !.

Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain ( dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu ). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggalkanNya ( pangkat ) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan.

Dan kami berikan Nabi Isa Ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran ( mu'jizat ), serta Kami kuatkan dia dengan RuhuI-Qudus ( Jibril ). Dan sekiranya Allah menghendaki nascaya orang-orang yang datang kemudian daripada rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan ( yang dibawa oleh rasul mereka ).

Tetapi mereka bertelingkah, maka timbullah diantara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dihendakiNya.

Post a Comment

0 Comments

Ulasan