Menurut sumber, penipuan lelaki tersebut disedari apabila wanita berusia 55 tahun itu membuat semakan di kaunter trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini pada 17 Disember tahun lalu.
Katanya, semakan yang dibuat oleh wanita terbabit mendapati bayaran saman miliknya masih belum dilunaskan dan mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sitiawan berhubung kejadian tersebut.
''Difahamkan, wanita itu telah pergi ke kaunter trafik di IPD Manjung di sini untuk membuat semakan saman atas namanya pada 28 November tahun lalu.
''Hasil semakan mendapati mangsa mempunyai 40 saman dan perlu membayar RM8,000 bagi melunaskan kesemua kesalahan tersebut," kata sumber berkenaan.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya pulang ke rumah untuk mengambil sejumlah wang sebelum kembali ke cawangan trafik IPD berkenaan dan terserempak dengan suspek di pos pengawal.
Katanya, suspek yang berpakaian preman memberitahu dia boleh membantu mengurangkan jumlah saman yang perlu dibayar mangsa kepada hanya RM5,900.
''Wanita itu kemudiannya telah memberikan jumlah yang diminta kepada suspek tanpa berfikir panjang. Seminggu kemudian suspek telah meminta wang tambahan sebanyak RM860 lagi daripada wanita itu dan mangsa turut menyerahkan.
''Perkara tersebut hanya terbongkar pada 17 Disember lalu selepas mangsa pergi ke kaunter trafik di IPD tersebut dan mendapati saman tersebut masih belum berbayar," katanya.
Menurutnya, selepas menyedari dirinya telah ditipu mangsa menghubungi anggota berkenaan dan dia berjanji akan membayar kembali wang tersebut pada 27 Disember namun suspek bertindak menghilangkan diri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika ditemui mengesahkan penahanan anggota tersebut.
Katanya, anggota terbabit telah direman selama tujuh hari bermula Khamis lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
''Perintah reman selama empat hari terhadap suspek yang berakhir hari ini telah disambung dua hari lagi sehingga Rabu ini," katanya.
SUMBER FACEBOOK PDRM
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.