Dalam kejadian jam 8.10 malam itu, kedua-dua mangsa berusia 63 dan 30 tahun itu kerugian RM6,000 selain suspek melarikan beberapa harta milik kerajaan yang berada dalam simpanan pegawai polis terbabit.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa pada mulanya mengatur pertemuan dengan seorang lelaki warga Afrika, namun lelaki itu sebenarnya sudah merancang untuk menyamun mangsa apabila meminta dua lagi rakannya datang ke hotel berkenaan.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa menunggu di lobi sebelum ke bilik hotel untuk berbincang sebaik lelaki warga Afrika terbabit muncul.
“Namun, kira-kira 10 minit berada di bilik, pintu bilik dibuka dua lelaki yang difahamkan rakan senegara lelaki Afrika berkenaan yang meluru masuk dan seorang daripada mereka memegang pisau.
“Kedua-dua mangsa diheret sebelum kedua-dua tangan dan kaki mereka diikat.
Mulut mereka turut dilekat dengan pita pelekat sebelum semua suspek menggeledah bilik berkenaan dan melarikan barang berharga milik mangsa,” katanya.
Katanya, antara barangan yang dilarikan adalah wang tunai berjumlah RM1,000, dua telefon bimbit, jam tangan, komputer riba, peralatan komputer dan cakera keras serta cakera padat milik kerajaan. - myMetro
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.