Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata antara jalan berkenaan ialah di Km 64 Sabak Bernam (Sungai Nibong) menghala ke Teluk Intan, Km 1 hingga Km 11 Persiaran Jubli Perak (Shah Alam) dan Lebuhraya Selat Klang Utara (Klang).
"Jalan-jalan itu adalah antara jalan raya yang sering mempunyai kes kemalangan", katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.
Ops Selamat itu bermula semalam sehingga 7 Feb depan.
"Dalam Ops Selamat terdahulu kita lebih mengambil sikap memantau, tetapi untuk tahun ini kita akan perketatkan kawalan, oleh itu sekiranya pengguna jalan raya melakukan kesalahan tindakan saman akan dikenakan," katanya.
Katanya, antara kesalahan yang sering dilakukan pengguna jalan raya ialah melanggar isyarat lampu, salah guna lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar serta memandu melebihi had laju.
BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.