KASALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG AWAM BERHUBUNG DENGAN JALAN AWAM.

PENGUATKUASAAN.

1. Seksyen 21(1) Akta Polis 1967 menyatakan bahawa hanya pegawai polis yang boleh:

(a) Mengatur, mengawal lalu lintas.

(b) Menjaga ketenteraman di jalan awam.

(c) Mencegah halangan pada waktu perhimpunan.

- Seksyen 21(2) Akta Polis juga menyatakan bahawa seseorang yang ingkar menurut apa-apa arahan yang munasabah yang diberi oleh mana-mana pegawai polis dalam melaksanakan tugasnya di bawah seksyen ini adalah melakukan satu kesalahan.

- Denda tidak melebihi RM 200 atau penjara tidak lebih 3 bulan.

- Perlu beri arahan terlebih dahulu bahawa hanya polis yang ada kuasa ini.

- Boleh tangkap tanpa waran jika ingkar.

- Tuduh terus dan perlu reman.

2. Seksyen 12 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) menyatakan bahawa sesiapa pun yang:

(a) Tanpa kuasa menyebabkan penggunaan jalan kurang menyenangkan ( less convenient) boleh dikenakan denda tidak lebih Rm 50.

- Boleh tangkap tanpa waran
(Tak perlu reman kerana straight forward case)

TINDAKAN PILIHAN (ADVOKASI)

1. Sebaik-baiknya pihak polis mengadakan pertemuan dengan pihak penganjur dan menasihati mereka supaya jangan mengambil alih tugas polis kerana tugas ini ada risikonya.

a) Risiko kepada pengendali sendiri.

b) Risiko kepada pengguna jalan yang lain.

c) Pengendali tidak ada kuasa ini.

d) Risiko tindakan saman sivil jika berlaku kemalangan disebabkan oleh pengendali.


SUMBER FACEBOOK POLIS SELANGOR

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan