Suspek berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 malam di sebuah apartmen, dipercayai menjadi lokasi persembunyiannya sejak gerakan memburunya dilancarkan.
Turut ditahan seorang gadis berusia 19 tahun dipercayai teman wanitanya.
Penahanan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak diketuai oleh Deputi Superintendan Sarifuddin Mustafa, bertindak atas maklumat risikan.
Sumber memberitahu BH, ketika ditahan, suspek yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek turut membawa polis ke kawasan semak berhampiran, tempatnya menyembunyikan pistol jenis Walter P99 digunakannya dalam kejadian tempoh hari.
Katanya, suspek turut dibawa ke lokasinya membakar sebuah kereta digunakannya dalam cubaan meloloskan diri tempoh hari, dipercayai mahu menghapuskan bukti dan mengelak pergerakannya dikesan polis.
"Dengan penahanannya, polis yakin dapat menyelesaikan beberapa kes ragut dan curi kenderaan di sekitar Kuching," katanya.
Dalam kejadian pagi Isnin lalu, seorang pemjenayah bertindak nekad mengacukan pistol ke arah polis yang cuba menahannya, namun gagal melepaskan tembakan kerana tidak sempat memasukkan kelopak peluru.
Ketika kejadian, suspek bersama seorang lagi rakannya sedang cuba melarikan sebuah kenderaan 4WD di belakang pejabat sebuah syarikat telekomunikasi, namun kegiatan mereka dilihat sepasukan anggota polis yang kebetulan lalu di tempat kejadian.
Rakannya diberkas selepas motosikal dinaiki mereka melanggar kaki lima rumah kedai berhampiran, manakala suspek berjaya meloloskan diri. Pemeriksaan lanjut kemudian menemui dua kelopak peluru mengandungi 21 peluru hidup.
Hasil semakan rekod mendapati pistol dan peluru itu milik seorang anggota polis yang dilarikan penjenayah selepas kenderaannya jenis Toyota Avanza dipecah masuk di Jalan Stephen Yong, di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek dijangka mengadakan sidang media pagi ini berhubung kejadian itu. - BH
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.