Ilmu Akhir Zaman



LELAKI DITAHAN DISYAKI TIPU PENDAFTARAN ELEKTRIK SESB

Kota Kinabalu, 23 Jan - Polis menahan seorang lelaki tempatan
dipercayai menipu tiga pemilik rumah di Kampung Madang di Kinarut, Papar, dekat sini untuk pendaftaran bekalan elektrik dengan Sabah Elektrik Sdn Bhd (SESB) membabitkan RM2,600 selepas mendakwa sebagai pekerja tetap SESB.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah Supt Saiman Kasran berkatansebaik menerima wang itu Selasa lepas, suspek terus menghilangkan diri.

"Merasakan tertipu, pengadu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Saiman berkata suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan. - BERNAMA


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan