Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa Lim Foo Long, 40, bersama teman wanita dan adik lelakinya sedang makan di restoran berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki dipercayai dikenalinya untuk meminta hutang.
"Mangsa enggan membayar hutang itu, membuatkan suspek beredar dan kembali semula bersama tiga rakannya beberapa minit kemudian sebelum bertindak menarik mangsa ke dalam tandas di restoran berkenaan.
"Polis percaya berlaku pergaduhan antara mangsa dengan keempat-empat suspek terbabit sebelum mangsa ditemui mati ditikam di dada. Semua suspek bertindak melarikan diri sejurus kejadian itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohamad Mansor berkata mangsa yang berasal dari Pulau Pinang dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum disahkan mati semasa menerima rawatan di situ.
Katanya susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita di sekitar kawasan pusat peranginan berkenaan bagi membantu siasatan.
- BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.