Mayat pertama ditemui ialah Naibi Saibi, 62, di sekitar perairan sungai Saai pada jam 6.49 pagi semalam.
Mayat kedua ialah Bohan Berdan, 68, ketiga Riji Dalol, 60 dan Kalsom Mat, 50 juga dijumpai tidak jauh dari perairan Kampung Kut dan Kampung Saai.
Mayat kelima dan terakhir ditemui pada jam 5.35 petang semalam ialah Abu Bakar Mahli,62.
Kelima-lima mayat mangsa dan satu lagi mayat yang dijumpai kelmarin (Ahad) dihantar ke kampung halaman mereka di Kampung Tekajong menggunakan bot.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan penemuan kelima-lima mayat mangsa semalam.
Sabtu berkata, usaha mencari dua lagi mangsa yang masih belum dijumpai akan diteruskan sehingga jam 6 petang semalam dan berharap keadaan cuaca mengizinkan untuk usaha tersebut.
“Semua sudah sedia maklum keadaan tempat kejadian memang bergelora dengan angin bertiup kencang, maka semua anggota penyelamat juga harus berhati-hati dan sentiasa menggunakan jaket keselamatan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memuji sikap komited penduduk kampung, agensi kerajaan yang terlibat dan semua yang terlibat dalam usaha mencari mangsa bot karam tersebut.
“Terima kasih kepada semua yang terlibat kerana telah menunjukkan komitmen yang cemerlang dalam usaha mencari mangsa yang hilang,” katanya.
Dalam pada itu, Sabtu memberitahu bahawa jarak keluasan pencarian telah diperluaskan hampir ke muara sungai.
“Sekarang ini kami lebih memfokus di kawasan muara sungai kerana keadaan laut yang agak bergelora,” jelasnya.
Sementara itu, dua lagi mangsa bot karam yang masih hilang ialah Madini Akim, 55, dan Ibong Rais, 60.
Sumber:Utusan Borneo
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.