Polis tahan suspek serangan senapang angin

KOTA KINABALU: Polis Sabah telah menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian menembak dan merosakkan 46 premis di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu pada malam 10 dan 11 Jan lalu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Beliau berkata, kesemua lelaki berumur dalam lingkungan 30an itu ditahan pasukan khas yang menjalankan 'Ops Cermin' bagi menyiasat insiden itu.

Katanya, dua daripada lima lelaki itu telah dibebaskan manakala tiga lagi masih ditahan reman.

"Kita juga telah merampas satu 'airgun' (senapang angin)...Pihak polis memandang berat kes seumpama ini. Ekoran kejadian ini, kita telah tubuh pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Omar Mammah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Hamza, pada mulanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, namun berdasarkan siasatan, pihaknya mengklasifikasikan semula kes itu di bawah Seksyen 32 (2) Akta Senjata Api 1960. - BERNAMA


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan