OP VULTURE DIPERTINGKAT BENDUNG CETI HARAM

Temerloh, 15 Jan - Ops Vulture bagi membanteras kegiatan ceti haram atau 'along' di daerah ini akan ditingkatkan, kata polis.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata operasi akan dilaksanakan secara bersepadu sepanjang tahun melibatkan pihak berkuasa tempatan dan agensi pengkuatkuasa lain.

"Mereka yang didapati bersalah menampal iklan ceti haram atau along akan dikenakan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita selepas operasi membersih dan menurunkan poster ceti haram sekitar Temerloh di sini hari ini.

Operasi itu disertai 10 pegawai dan 15 anggota polis serta 11 penguatkuasa Majlis Perbandaran Temerloh.

Sepanjang tahun lepas polis mengesan empat kes melibatkan kegiatan ceti haram di daerah ini yang membabitkan tiga tangkapan, katanya. - BERNAMA


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan