Pasangan Malaysia ditangkap di Danok

BANGKOK: 19 Jan: Pelarian pasangan rakyat Malaysia yang dikehendaki pihak berkuasa Thailand dan Malaysia kerana kes pemalsuan kad ATM ditangkap di sebuah hotel di Danok, selatan Thai, Sabtu lalu.

Pihak berkuasa Thailand turut merampas sekeping kat ATM kosong dan lapan kad ATM serta kad kredit yang dikeluarkan oleh bank Thai dan Malaysia selain wang tunai matawang kedua-dua negara bernilai 500,000 baht (RM50,240), lapor The Bangkok Post.

Difahamkan dua rakyat Malaysian itu melarikan diri daripada pihak berkuasa Thai dan Malaysia sejak sekian lama.

The Bangkok Post yang memetik Timbalan Ketua Biro Imgresen Songkhla Kapten Polis Seksan Ongart berkata, pasangan berusia 45 dan 38 tahun itu mendaftar masuk ke hotel di Sadao itu, Jumaat lalu.

Dia berkata, pasangan itu dipercayai sudah beberapa kali melintasi sempadan dan menggunakan kad ATM palsu bagi mengeluarkan sejumlah wang di beberapa lokasi di selatan Thai.


sumber FB VAT69

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan