POLIS NAFI FARID KAMIL JALANI LATIHAN UTK



Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan telah memberi latihan Unit Tindakan Khas (UTK) kepada mana-mana orang awam, termasuk pengarah dan pelakon filem, Farid Kamil Zahari.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad berkata, PDRM tidak memberi latihan tersebut atau seumpamanya kepada orang awam.

PDRM menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mengaitkan jabatan tersebut dengan apa juga maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan