PECUT 100 METER DIKEJAR PEROMPAK BERPARANG

KUCHING: Seorang penyelia se­buah pasar raya di Pending terpaksa berlari sejauh lebih 100 meter setelah dikejar empat perompak bersen­jatakan parang, malam kelmarin.
Mangsa, 30-an, semasa kejadian dikatakan menunggu beberapa orang rakan sekerjanya yang sedang mengemas pasar raya tersebut sebe­lum didatangi empat suspek tersebut sekitar jam 10 malam.
Difahamkan, keempat-empat lelaki tersebut pada mulanya ber­pura-pura untuk membeli barang apabila dua daripada mereka bertin­dak menyerang mangsa yang ketika itu sedang berdiri di luar pasar raya berkenaan.
“Dua suspek tersebut cuba mer­ampas beg duit mangsa, namun dihalang sebelum dua lagi suspek datang ke arah mangsa lalu melimbas senjata tajam dipercayai parang di belakang badan mangsa.
“Ekoran itu, mangsa yang ter­cedera terpaksa berlari dari tempat kejadian untuk menyelamatkan dir­inya namun tetap dikejar keempat-empat suspek,” kata sumber.
Mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan dirinya dengan menumpang sebuah kereta yang berhenti apabila melihat keadaan mangsa sedemikian.
“Selepas lebih 100 meter mela­rikan diri dari tempat kejadian, mangsa berjaya menyelamatkan dir­inya dengan masuk ke dalam sebuah kereta dan terus meminta pemandu kereta berkenaan menghantarnya ke balai polis berhampiran,” kata sumber lagi.
Berikutan kecederaan yang di­alaminya, mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.
Sementara itu dalam satu kejadian berasingan, seorang peniaga turut membuat laporan polis selepas didatangi empat perompak diper­cayai kumpulan yang sama malam kelmarin.
Mangsa semasa kejadian hendak menutup kedainya di Muara Tabuan di sini apabila didatangi empat lelaki bersenjatakan parang yang kemu­dian terus meminta mangsa meny­erahkan wang kepada mereka.
Mangsa yang risau akan kes­elamatannya hanya membiarkan keempat-empat suspek masuk ke dalam kedainya, di mana seorang daripada suspek kemudian bertin­dak mengambil kesemua wang yang terdapat di dalam mesin tunai.
Selepas berjaya mendapatkan wang tersebut, keempat-empat suspek terus beredar dari tempat kejadian melarikan wang tunai kira-kira RM900.
Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh mangsa dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kedua-dua kes tersebut.


Sumber:Utusan Borneo


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan