Ilmu Akhir Zaman



POLIS GAGALKAN CUBAAN ROMPAK BANK DI KUBANG KERIAN

Kota Bharu, 27 Jan - Polis menggagalkan cubaan merompak sebuah bank di Kubang Kerian di sini hari ini selepas alat penggera keselamatan bank berkenaan berbunyi. 

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata insiden pada 3.40 pagi itu disedari anggota polis bertugas dan sebaik tiba di lokasi kejadian suspek mengacukan senjata api, menyebabkan polis melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai suspek dan suspek berjaya melarikan diri.

"Siasatan mendapati kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar premis itu disembur dengan cat merah selain enam CCTV di dalam bank turut disembur dengan cat merah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan papan kenyataan polis kepada Jabatan Pelajaran Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan Hussain Awang.

Beliau berkata siasatan di tempat kejadian menemui satu kepala Oxyacetelyne (OXY) yang digunakan untuk memotong pintu cermin di bank berkenaan.

"Kita turut menemui dua tong gas OXY yang dibalut dengan beg plastik besar dan setakat ini suspek belum dikenal pasti dan tiada kerugian dilaporkan. Pemeriksaan di pintu bilik kebal dan beberapa bilik lain mendapati tiada kesan pecah masuk," katanya.

Beliau berkata berdasarkan semakan dan siasatan yang dijalankan dalam dua kejadian berlainan di daerah itu, membabitkan kes pecah sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di Nilam Puri dan kes hari ini, polis mengenal pasti ia dilakukan orang yang sama. - BERNAMA


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan