Ilmu Akhir Zaman



RESTORAN MAKANAN LAUT TEMPAT SIMPAN BARANGAN SELUDUP

Sitiawan, 27 Jan - Bukan sahaja menjual makanan laut malah turut digunakan sebagai tempat menyimpan barangan seludup antaranya rokok dan bunga api.

Dalam serbuan yang dijalankan sepasukan polis Marin Kg Aceh dalam Op Landai 'Musim Perayaan' ke atas restoran itu mendapati pelbagai jenis rokok putih, mercun dan bunga api disimpan di dalam kedai tersebut pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kg Acheh, DSP Shaari bi Ariffin berkata, kesemua barangan tersebut adalah stok untuk dipasarkan sempena Perayaan Tahun Baru Cina akan datang dan nilai rampasan termasuk rokok putih dianggarkan RM80,000.

Seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun yang dipercayai pemilik premis turut ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 135 (i) (d) Akta Kastam 1957.




sumber FB PDRM

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan