Mangsa yang hanya dikenali sebagai Fatin berusia 14 tahun itu memberitahu, dia bersama adik lelakinya semasa kejadian telah didatangi dua lelaki tidak dikenali iaitu sekitar jam 3.20 petang.
Menurutnya, seorang daripada lelaki tersebut yang bersenjatakan pisau telah memintanya menyerahkan dompet kepada mereka jika tidak mahu dicederakan oleh mereka.
“Saya enggan memberikan dompet saya kepadanya menyebabkan dia marah lalu menumbuk saya di kepala selain mengacukan pisau ke leher saya sehingga menyebabkan luka,”katanya ketika ditemui pemberita.
Mujur kejadian tersebut disaksikan oleh beberapa orang awam menyebabkan kedua-dua suspek segera melarikan diri dari tempat kejadian.
Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi suspek apabila seorang daripada mereka dilanggar sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut menyebabkan dia terpelanting beberapa meter dari tempat kejadian.
Suspek yang cedera itu kemudian ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara dalam satu kejadian berasingan, seorang lelaki ditahan polis selepas didapati menceroboh sebuah rumah yang baharu siap dibina di BDC, di sini petang kelmarin.
Menurut sumber, suspek semasa kejadian bersama tiga lagi rakannya memasuki rumah tersebut tanpa kebenaran dan dilihat berada dalam keadaan mencurigakan oleh anggota polis yang menjalankan rondaan.
Tiga rakan suspek itu bagaimanapun sempat melarikan diri dari tempat kejadian.
Suspek yang ditahan itu kemudian dibawa ke balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.
Sumber:Utusan Borneo
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.