TIGA SUSPEK DITAHAN TERMASUK TEMAN WANITA MANGSA TEMBAK

Nibong Tebal, 22 Jan - Polis menahan tiga suspek termasuk seorang wanita warga Thailand bagi membantu siasatan kes seorang lelaki cedera parah ditembak di hadapan sebuah rumah di Taman Sintar Indah, Jawi di sini, Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata wanita berusia 30-an yang dipercayai teman wanita mangsa tembak itu ditahan pukul 3 pagi semalam di sebuah rumah di Nibong Tebal di sini.

"Wanita itu bersama mangsa dari Banting, Selangor ke negeri ini dan ketika kejadian tembak itu berlaku dia (wanita) berkenaan berada di bahagian garaj rumah dan sedang berbual dengan pemilik kediaman tersebut," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Katanya dua suspek lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan di Banting lewat petang semalam dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), di sini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal dua lelaki berkenaan mengenali mangsa dan polis tidak menolak kemungkinan kejadian tembak itu berpunca daripada dendam.

Mazlan berkata kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan. - BERNAMA


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan