sebanyak 6.8 peratus pada tahun lepas ke 844 kes berbanding 907 kes pada tahun 2012.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata tahun 2013 menyaksikan penurunan sebanyak 63 kes terutamanya di kawasan Bayan Lepas dan Bayan Baru.
Penurunan indeks jenayah ke tahap itu adalah atas kerjasama orang awam dengan pihak polis serta usaha polis meningkatkan rondaan dan penempatan anggota di kawasan panas, katanya ketika berucap di majlis latihan kawat sempena pesaraan beliau Isnin depan, di Ibu Pejabat Daerah Barat Daya.
Mohd Hatta yang telah berkhidmat selama 37 tahun dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), mula berkhidmat sebagai pegawai kanan polis pada 3 Julai 1977 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur serta memegang pelbagai jawatan bermula sebagai pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sungai Petani, Kulim dan Butterworth.
Beliau kemudian dinaikkan pangkat Asisten Supritenden Polis (ASP) pada 26 Julai 1989 kemudian sebagai pegawai pendakwa JSJ Seberang Perai Utara sebelum ditukar ke Unit Risikan Jenayah D4, Pegawai Turus D4, Pegawai Turus D7 di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Pulau Pinang.
Mohd Hatta juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Turus Perkhidmatan Perjawatan di IPK Perak dan pada Mei 2000 beliau dinaikkan pangkat kepada Timbalan Penguasa polis dan sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim.
Beliau kemudian ditukar ke jawatan Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Kuala Muda Kedah dan pada 16 Ogos 2006, sebelum memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Darat Daya.- BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.