Kuala Lumpur, 25 Feb. 2014 - Berikutan kejadian beberapa rompakan yang
berlaku di Kedai Serbaneka 24 jam 7-Eleven di sekitar daerah
Brickfields, Kuala Lumpur pada awal Februari yang lalu, Polis Kuala
Lumpur mendapati jenayah ini dilakukan oleh kumpulan yang sama dan
menggunakan mondus operandi yang serupa. Kumpulan yang melakukan
rompakan ini dipercayai bersenjatakan parang atau pisau untuk mengugut
pekerja kedai agar menyerahkan wang tunai serta barang-barang dari kedai
berkenaan. Polis Kuala Lumpur sedang
menyiasat kes-kes tersebut mengikut Seksyen 392, 395 dan 397 Kanun
Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan bersenjata.
Hasil siasatan awal dan dari pemerhatian rakaman Kamera Litar
Tertutup(CCTV) di tempat kejadian Polis Kuala Lumpur telah mengenalpasti
beberapa individu remaja yang dipercayai terlibat melakukan jenayah
berkenaan. Gambar-gambar ini juga akan dipamerkan di kedai-kedai
serbaneka 24 jam untuk maklumat kepada pekerja-pekerja kedai dan orang
ramai.
Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur meminta kerjasama
orang ramai termasuk ibubapa yang mempunyai maklumat berkaitan
suspek-suspek tersebut, bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah
Brickfields ditalian 03-90516222 atau Bilik Gerakan JSJ D9 Ibu Pejabat
Polis Kontnjen Kuala Lumpur ditalian 03-21460685 atau Hotline PolisKL
03-21159999 / SMS ke 32728 atau menghubungi mana-mana balai polis yang
berhampiran.
SUMBER FB POLIS KL
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian




0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.