CPJ KAJANG BERJAYA TUMPASKAN SUSPEK SAMUN KEDAI INTERNET 24JAM

KAJANG, 12 Februari - Curiga dengan empat lelaki Melayu yang menaiki sebuah kereta, anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Kajang yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Reko Kajang bertindak menahan kereta tersebut.

Hasil pemeriksaan pihak polis menjumpai sepucuk pistol yang dipercayai tiruan bersama pisau serta sarung tangan di dalam kereta terbabit. Polis kemudiannya bertindak menahan empat lelaki tersebut.

Kesemua lelaki yang ditahan berumur antara 32 hingga 39 tahun. Pihak polis percaya kesemua lelaki yang ditahan dipercayai terlibat dalam kes menyamar polis dan melakukan jenayah samun kedai internet 24 jam. Hasil semakan rekod mendapati dua daripada mereka mempunyai 14 rekod yang melibatkan samun dan dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


sumber FB Polis Selangor



Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan