INFO KEJADIAN LEMAS

REMAJA LEMAS

21 Februari - Lapan remaja lelaki berusia antara 13 hingga 16 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Buluh Kasap, Segamat, Johor kira-kira 9.30 pagi tadi.Mereka merupakan sebahagian daripada sekumpulan 13 remaja yang berekreasi di sungai berkenaan sempena cuti hujung minggu di negeri itu.

Setakat ini, dua mayat telah ditemui namun identiti mangsa belum dapat disahkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, 12 remaja berusia 13 tahun hingga 16 tahun termasuk seorang pelajar perempuan dikatakan beriadah di tepi sungai itu sebelum mereka bermain air di tepi sungai berkenaan. 

Seorang daripada mereka dikatakan lemas menyebabkan dua lagi cuba membantu tetapi turut hilang sehingga lima lagi rakan mereka turun terjun ke sungai sebelum semuanya hilang. 

Turut hilang ialah dua beradik berusia 14 dan 16 tahun. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra, Mohd Aizat Mamat memaklumkan, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 9.48 pagi sebelum anggota dan jentera tiba di tempat kejadian kira-kira 10 pagi.

Anggota-anggotanya telah melakukan selaman pertama di sungai berkenaan yang sedalam antara 15 hingga 20 meter, selain dipenuhi lumpur dan kayu.

Sungai itu, yang terletak berhampiran sebuah kuari menyedut pasir, adalah kira-kira 10 kilometer dari bandar Segamat dan merupakan kawasan rekreasi popular bagi penduduk sekitarnya.

Berikut adalah senarai remaja yang dikhuatiri lemas:

1. MOHD ZAKI ZAIDI, 16 
2. MOHD ZAKRI ZAIDI, 14 
3. MOHD SYAFIQ MD SYUKUR,16 
4. MOHD HAFIZUL DANIAL NOR HASYIM, 16 
5. NAZRUL AMIRUDDIN ZAMRI, 14 
6. MOHD NAZRIN BIN ZAINAL, 14 
7. MOHD IZUAN HAKIMI AMIN, 13 
8. MOHD HAFIZUDIN KAMAL, 16

SUMBER FB Laporan Khas, Scoop & Bencana Berita TV RTM 





Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan