Ilmu Akhir Zaman



LELAKI DITAHAN MILIKI PERAHU CURI

Tawau, 28 Feb – Seorang lelaki yang dipercayai memiliki sebuah perahu serta enjin curi ditahan oleh anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau ketika sedang menjalankan Op Cantas Khas di kawasan Laut Tinagat pagi semalam.

Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad bin Madun berkata semasa menjalankan Op Cantas PPM Tawau telah menahan sebuah perahu berwarna putih/merah dalam keadaan mencurigakan. 

“Pemeriksaan lanjut mendapati juragan tersebut gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan sebarang dokumen berkaitan enjin sangkut jenis Yamaha 15 HP,” katanya lagi.

Kesemua barang rampasan termasuk perahu dan enjin sangkut dianggarkan bernilai RM5,000. 

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut.


SUMBER FB PDRM



Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan