Ilmu Akhir Zaman



LELAKI MENYAMAR PEGAWAI POLIS BERJAYA DITANGKAP

 SIBU: Seorang lelaki men­yamar sebagai pegawai polis berpangkat ASP berjaya ditangkap polis di pusat beli-belah di Kampung Nyabor di sini, petang kelmarin.

Sebelum tangkapan, se­orang penganggur berjumpa dengan suspek dan mem­beritahunya bahawa dia boleh membantunya untuk mencari pekerjaan sebagai anggota po­lis tanpa melalui proses temu duga dan sebagainya.

Suspek bagaimanapun memberitahunya bahawa dia hanya perlu membayar RM250 bagi membolehkan­nya menguruskan pemohonan untuk mendapat kelulusan yang cepat.

Teruja dengan peluang tersebut, pengadu memberi­tahu ibu bapanya mengenai perkara tersebut.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, ibu bapa pengadu memberitahu anak mereka bahawa itu hanya satu peni­puan.

Tanpa teragak-agak ked­ua-dua ibu bapa pengadu membawa anak mereka un­tuk membuat laporan polis mengenai pegawai yang ber­pangkat ASP tersebut.

Bertindak daripada maklu­mat, sepasukan polis meminta pengadu membuat temu janji dengan suspek di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Kampung Nyabor pada jam 4 petang kelmarin.

Sebaik sahaja suspek muncul untuk berjumpa dengan pen­gadu, pasukan polis bertindak menahan suspek berumur 24 tahun untuk tindakan lanjut.

Siasatan awal polis men­dapati suspek telah bergiat aktif melakukan penipuan seumpamanya sejak 2008.

Suspek berbangsa Iban itu pernah terlibat dalam beberapa kes termasuk kes curi dan kes tipu di Kanowit sebelum ini.

Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Sumber:Utusan Borneo


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan