PELAJAR TINGKATAN LIMA DITEMUI LEMAS DI SUNGAI PAHANG

Temerloh, 18 Feb - Mayat seorang pelajar tingkatan lima yang dilaporkan hilang sewaktu mandi bersama tujuh rakannya di kawasan Esplanade, Sungai Pahang dekat sini semalam ditemui kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi. 

Mohd Faiz Daniel Mat Jaafar, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang, Temerloh, ditemui lemas oleh pasukan penyelamat dan polis kira-kira 10 meter dari tempat mangsa terjatuh. 

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata mangsa yang tinggal di Kampung Keningau dekat sini telah turun ke sungai bersama rakan-rakannya pada pukul 6.30 petang semalam. 

"Mangsa dikatakan berenang ke bahagian hulu sungai tidak jauh dari kumpulan rakan-rakannya, namun tiba-tiba hilang. 

"Sebaik sahaja menerima laporan kehilangan mangsa, polis dengan kerjasama pasukan penyelamat seramai 30 orang menjalankan gerakan mencari dan mayatnya ditemui terapung kira-kira 10 meter dari kawasan kejadian," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 


Abdul Aziz berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat. - BERNAMA

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan