Ilmu Akhir Zaman



POLIS RANGKA STRATEGIK BANTERAS PIL KUDA

Kota Bharu, 26 Feb - Polis Kelantan merangka satu pelan strategik untuk membanteras pengambilan pil methamphetamine atau pil kuda di kalangan remaja di negeri itu yang semakin membimbangkan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata peningkatan pengambilan pil kuda menjadi antara punca peningkatan jenayah di kalangan remaja seperti curi motosikal dan seksual.


"Oleh itu, kita ambil langkah baharu iaitu dengan mendekati pelajar sekolah bagi membendung penularan penggunaan pil kuda pada usia muda," katanya kepada pemberita selepas majlis Seminar Kecemerlangan Pelajar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini hari ini.


Beliau berkata tindakan menangkap pengedar pil kuda semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah dan kini pihak polis mengambil inisiatif baharu untuk membentuk jati diri remaja terlibat jenayah.


"Secara purata, pihak polis menangkap kira-kira 60 orang setiap hari berhubung pengambilan pil kuda dan 90 peratus dari jumlah itu melibatkan golongan remaja. Dianggarkan lebih 1,500 remaja terjebak dengan pengambilan pil kuda setiap bulan.
"Oleh itu, pihak polis mengatur strategi khusus seperti mengadakan seminar dan kempen tentang bahaya penggunaan pil kuda bagi membendung pelajar terlibat dalam gejala negatif," katanya. - BERNAMA


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan