Ilmu Akhir Zaman



TIGA JENIS KAWAN KATA IMAM AL-GHAZALI

→ Kawan yang pertama

◆Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia,dia
sentiasa bagi ilmu dan nasihat agama kepada kita.

◆Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

→ Kawan kedua

◆Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia.

◆Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah
SWT.

→ Kawan yang ketiga

◆Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang
disampaikan. Dia reject ilmu dan nasihat yang kita bagi.

◆Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia.

◆Dan takut-takut kita terikut cara dan tingkahlaku dia yang
boleh membawa kita kepada kehancuran.

Post a Comment

0 Comments

Ulasan