Ilmu Akhir Zaman



JANDA TAUKE DADAH

Johor Bahru – Seorang janda berusia 51 tahun ditahan bersama seorang lelaki dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU), Khamis lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang di sebuah rumah di Bandar Baru Uda, polis menemui pelbagai jenis dadah dan alat menghisap syabu termasuk wang tunai disyaki hasil jualan dadah sebanyak RM 1,222.

Wanita terbabit yang tiada pekerjaan turut memiliki tiga rekod lampau berkaitan kes dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala seorang lagi suspek berstatus bujang berumur 35 tahun berkenaan bekerja sebagai pembantu stor kilang turut mempunyai empat rekod jenayah berkaitan kes dadah.

Semua dadah dianggarkan bernilai kira-kira RM2,500 itu dipercayai boleh menampung bekalan 100 penagih.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) kerana memiliki heroin, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Sumber: Sinar Harian


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan