Ilmu Akhir Zaman



POLIS MINTA SAKSI KEJADIAN TAMPIL

 Banting - Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ragut di Jalan Selasih, Kampung Sijangkang Telok Panglima Garang pada 26 Februari lalu supaya tampil membantu siasatan.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi mangsa yang menunggang motosikal berseorangan diragut dua penagih menyebabkan dia terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia selepas empat hari bertarung nyawa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Berikutan kejadian itu anggota polis giat memburu dua suspek yang akhirnya berjaya diberkas pada 13 Mac lalu ketika sedang asyik menagih dadah di sebuah rumah di Telok Panama Garang kira-kira jam 5.30 petang.

Menurutnya, kedua-dua suspek berusia 25 dan 27 tahun ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

"Susulan itu polis mohon bantuan orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil beri maklumat. Saksi kejadian diperlukan bagi memastikan siasatan polis dapat dilengkapkan dengan kadar segera," katanya.

Sumber: Sinar Harian


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan