Ilmu Akhir Zaman



LELAKI DITAHAN MILIKI SENJATA BERBAHAYA, BOM BUATAN SENDIRI

Sandakan, 27 Mac - Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memiliki senjata berbahaya dan bom buatan sendiri di kawasan Bandar Indah dekat sini Selasa lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintenden Fadzil Mohd Ali berkata suspek berusia 27 tahun dan senjata berbahaya yang dirampas ialah dua bilah pisau, dua lastik bersama-sama anak panah kecil dan guli.

Dua bahan letupan buatan sendiri berbentuk bujur berukuran 3.5 sentimeter panjang dan 2.5 sentimeter lebar turut ditemui dalam beg suspek, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata suspek ditahan reman empat hari mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1953.

Fadzil berkata membawa senjata tajam dan berbahaya, apatah lagi bahan letupan di tempat awam, merupakan satu kesalahan.

- BERNAMA

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan