Ilmu Akhir Zaman



POLIS PERKENAL PROGRAM 'SAFECAM' UNTUK KURANGKAN KADAR JENAYAH

Kuala Lumpur, 27 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM), melalui kerjasama agensi kerajaan dan swasta, memperkenal program 'Safe Camera (Safecam)' dalam usaha menjaga keselamatan serta mencegah jenayah sekitar ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata di bawah program itu, agensi yang berdaftar akan memberi akses segera kepada polis berkaitan rakaman video bagi tujuan pengambilan bukti dan siasatan sesuatu kes.

"Syarikat mahupun agensi yang mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) di premis masing-masing boleh menjalankan kerjasama dengan pihak polis apabila syarikat mereka menjadi anggota Safecam PDRM.

"Ini bertujuan memberi kemudahan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas kes jenayah yang berlaku di kawasan terbabit," katanya dalam sidang media selepas Program Kempen Derma Darah Sempena Hari Polis ke-207 dan Majlis Menandatangani MoU Safecam di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini.

Beliau berkata program itu turut diperluas di sekitar ibu negara termasuk Brickfields, KL Sentral dan pusat beli-belah.

Mohmad juga berkata pada masa ini, akses berkenaan belum dapat disambung ke 'command control centre' di Ibu pejabat Kontinjen yang baharu kerana masih dalam proses penaiktarafan.- BERNAMA

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan