Ilmu Akhir Zaman



MAYAT TANPA KEPALA DIPERCAYAI REMAJA HILANG KETIKA MEMANCING

Kuantan, 27 Mac - Mayat tanpa kepala yang ditemui di Pantai Batu 6 Janglau dekat Rompin semalam dipercayai remaja yang dilaporkan hilang semasa memancing bersama bapanya pada 16 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Johari Yahaya berkata mangsa, Muhd Ikhmal Danial Mohamad, 17, beralamat di Taman Inderapura di sini, dan tidak lagi bersekolah.

Katanya mengikut laporan polis yang dibuat bapanya, Mohamad Isa, 40-an, pada hari kejadian, dia dan mangsa keluar memukat ikan dengan sebuah bot bersama tiga lagi rakannya di perairan Chukai, Kemaman.

Johari berkata ketika sedang memukat ikan di kawasan perairan itu, mangsa yang berada di dalam bot tiba-tiba terjatuh ke dalam laut.

"Mohamad bersama tiga rakannya itu cuba mencari dan menyelamatkan mangsa namun gagal lalu bergegas membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pengecaman setakat ini berdasarkan pada baju yang dipakai mangsa dan tulisan namanya pada belakang baju dengan pen marker.

"Polis juga sudah memaklumkan kepada keluarganya dan mayat akan dituntut pada hari ini bagi urusan pengebumian," katanya.


Mayat tanpa kepala itu ditemui terdampar di tepi pantai terbabit oleh dua nelayan yang sedang mengutip botol kira-kira 8 pagi semalam.- BERNAMA

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan