Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Tertuduh, Mohd Zabri Md Daud, 43, didakwa melakukan kesalahan itu di tepisebuah rumah di Jalan PJS 4/27B, Taman Medan, Petaling Jaya dekat sini, pada pukul 3.10 petang, 13 Jan 2012.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.
Empat saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mirza Mohamed sementara tertuduh diwakili peguam Liow Boon Lee - BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.