Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Shukor Sulong berkata enam suspek berumur antara 21 hingga 37 tahun terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita rakyat tempatan, seorang warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.
Beliau berkata bertindak atas maklumat dua lelaki warga tempatan ditahan di Klang Perdana dan suspek wanita itu ditahan di Jalan Taiping di sini pukul 5 petang semalam.
Susulan tangkapan itu, pihaknya kemudian melakukan serbuan ke sebuah hotel di sini dan menahan tiga lagi lelaki terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh pada hari yang sama, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata turut ditemui dalam hotel bersama suspek adalah tiga lelaki mangsa culik iaitu dua warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar berusia antara 20 hingga 40 tahun dalam keadaan tangan terikat dan mata ditutup rapat.
Seorang daripada mangsa adalah pekerja Pasar Borong Jalan Meru di sini sementara kedua-kedua lelaki adalah pelanggan yang dilarikan dari pasar borong itu pada pukul 4 pagi Ahad lepas oleh suspek-suspek yang mengenalkan diri mereka sebagai polis, katanya.
Beliau berkata:"Sejurus selepas memperkenalkan diri sebagai polis, kesemua suspek bertindak melarikan tiga mangsa berkenaan menggunakan dua kenderaan jenis Perodua Kancil dan Viva sebelum menghubungi pemilik pasar borong bagi meminta wang tebusan antara RM70,000 hingga RM80,000.
Bagaimanapun, beliau berkata pemilik pasar borong itu hanya membayar sebanyak RM8,000 kepada suspek yang dimasukkan ke dalam akaun milik suspek wanita itu.
Ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek-suspek mendapati mereka positif dadah dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 3 Akta Culik 1961, katanya. - BERNAMA
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.