Kuantan, 18 Mac - Polis sedang mencari seorang lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh rakan senegaranya di sebuah rumah teres dua tingkat di Lorong Sri Kuantan 28/1M di sini pada 4 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, lelaki itu dikenali sebagai Khawm Deigh Piang, 26, pasport bernombor M716402 dan bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah restoran di bandar ini sejak sembilan bulan lalu.
"Lelaki terbabit yang merupakan rakan kepada si mati, Thang Suam Kim, 20, dipercayai dapat membantu pihak polis berkaitan kes bunuh berkenaan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan cawangan jenayah IPD Kuantan, ASP Mohd Padhillah Che Harun di talian 09-5662222 atau 0199476789," katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam kejadian pada 12.05 malam 4 Mac lepas, polis yang menerima maklumat daripada orang awam menemui mangsa tidak sedarkan diri dengan berlumuran darah dengan hanya memakai seluar dalam, di tingkat atas rumah berkenaan.
Katanya, hasil bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan pada hari yang sama mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan di urat kaki kanannya yang terputus.
Mohd Jasmani berkata, lelaki itu dipercayai orang terakhir yang dilihat berada bersama mangsa dan dilaporkan telah bertengkar dengan mangsa di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.
- BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.