Kangar, 18 Mac - Enam wanita warga Thailand hari ini dikenakan denda berjumlah RM21,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki sejumlah 63.89kg daun ketum, 14 Jan lepas.
Majistret Norhayati Ibrahim menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua tertuduh berusia 22 hingga 35 tahun itu membuat pengakuan bersalah ketika dihadapkan di mahkamah pada 17 Jan lepas.
Tiga daripada mereka iaitu Daranee Phttharut, 23, Romah Detkob, 34, dan Waidah, 35, masing-masing didenda RM4,000 atau penjara lima bulan kerana memiliki daun ketum seberat 41.66kg.
Tiga lagi tertuduh ialah Simaporn Tongjan, 23, Rohanee Maree, 26, dan Bulan Phatcharaphodchana, 31, masing-masing dikenakan denda RM3,000 setiap seorang atau lima bulan penjara kerana memiliki daun ketum seberat 22.23kg.
Kesemua mereka didakwa memiliki daun tumbuhan hijau yang mengandungi mitragynine, iaitu bahan-bahan yang disenaraikan dalam jadual pertama dan ketiga (babahn-bahan Psikotropik) Akta Racun 1952.
Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 30 (5) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun, atau kedua-duanya sekali.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 10.45 pagi, 14 Jan lepas di pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau selepas ditangkap cuba menyeludup keluar daun ketum itu di tepi Jalan Kampung Banat, Arau di Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis, pada hari berkenaan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sobri manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.