Kota Kinabalu, 23 April - Polis Daerah Kota Kinabalu menahan 35 individu atas pelbagai kesalahan dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan di Pulau Pondu, berdekatan Pulau Gaya di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata daripada jumlah itu, 20 didapati positif dadah termasuk tiga suspek lelaki berusia 30an yang dikehendaki polis kerana disyaki pengedar dadah di sekitar Pulau Gaya dan dua suspek jenayah samun serta curi.
"Individu yang selebihnya dirujuk ke Jabatan Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya kepada pemberita selepas operasi dokumentasi terhadap lebih 400 penduduk di Pulau Pondu, di sini hari ini.
Jauteh berkata polis juga mengenal pasti struktur rumah yang akan dirobohkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang telah meletakkan 66 notis selama tujuh hari terhadap rumah terlibat.
Operasi khas fasa pertama selama lima jam itu melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). - BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.