Ilmu Akhir Zaman



Jatuh dari tingkat 3 selepas cabul penghuni

April 13, 2014

BALIK PULAU – Seorang lelaki cedera di muka kerana terjatuh dari tingkat tiga ketika dia melarikan diri selepas perbuatannya memecah masuk sebuah rumah flet dan mencabul seorang penghuni yang ketika itu sedang tidur disedari dalam satu kejadian di Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, suspek yang berusia 28 tahun dikatakan masuk ke rumah terbabit sebelum dia cuba mencabul mangsa yang ketika itu sedang tidur di ruang tamu.

Menurut sumber, mangsa yang berusia lingkungan 20-an hanya menyedari kejadian itu selepas berasa tubunya diraba suspek sebelum dia menjerit.

“Jeritan mangsa membuatkan suspek terkejut dan dia cuba melarikan diri apabila melihat beberapa penghuni di kawasan itu tiba di rumah berkenaan.

“Suspek cuba melarikan diri melalui pintu dapur namun dia tidak bernasib baik apabila terjatuh dari tingkat tiga rumah berkenaan menyebabkannya tersembam di simen dan mengalami kecederaan teruk di muka,” katanya, lapor my Metro.


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan